5 musim aku jadi penghuni kota penuh indah ini. Kota yang diterajui oleh Raja bijaksana. Raja kesayangan rakyat jelata. Raja yang aku sayangi. Pemimpin yang tiada tolok banding keperibadiannya.
Aku bangga menghuni kota indah ini. Kota yang menjadi idaman ramai pengunjung. Kota yang dihuni penduduk-penduduk yang mesra. Kota yang banyak mengajar aku kerenah manusia. Kota yang satu masa dulu membuka ruang dan peluang. Untuk aku mengorak langkah. Untuk aku menggagahkan hati. Untuk aku membuka lembaran baru.
Kini kota ini bakal kutinggalkan. Hiba dan pilu bercampur baur. Pilu mengenangkan apa yang bakal kutinggalkan, mereka yang aku sayang. Tapi hati kuat berbisik, destinasi baru bukan asing bagimu. Rajanya mengalu-alukan kehadiranmu. Ada janji telah terikat. Ada matlamat telah terpahat.
BESTEST BUDDIES
Namun,bagaimana bisa kukhabarkan perkhabaran ini. Rajanya kurasakan begitu dekat denganku. Rajanya begitu memahami gundah dan gusarku. Raja yang begitu prihatin dan penyayang. Raja yang tidak akan ada galang gantinya.
Aku menghormatinya seperti seorang anak menghormati ayahnya. Aku mengkaguminya seperti seorang peminat yang mengagungkan artis pujaannya. Aku sentiasa mempertahankannya sama seperti seorang anak kecil mempertahankan ibunya. Mana mungkin seorang anak akan berasa gembira mengkhabarkan kisah duka kepada ayahnya, mana mungkin seorang peminat akan suka melihat derita artis kesayangannya, mana mungkin seorang anak akan membiarkan hati ibunya terluka.
Ironinya, aku akan meninggalkannya.
Aku akan mengkhabarkan khabar pilu itu. Aku akan berdepan dengannya dan memuntahkan tiap kata dan bait² yang menghiris rasa itu. Tuhan, di mana harus kukumpulkan kekuatan ini. Tuhan, berikan aku ilham, bagaimana akan kukhabarkan kisah duka ini.
BESTEST STAFFS
Baru sejenak tadi sudah kisah sedih itu kukhabarkan pada seseorang. Bergenang air matanya, menitis kesedihanku. Bagai ingin ku peluk dirinya agar rela melepaskan pemergianku. Lalu kukatakan padanya "Usah sedih, yang patah pastinya kan tumbuh, yang hilang pastinya kan berganti, sudah adat pertemuan pastikan ada perpisahan" Dalam menahan tangis dia menjawab "Mudah untuk diucapkan, namun, mana mungkin yang tumbuh kan sama dgn yg patah dan mana mungkin penggantimu akan bisa mengembalikan memori-memori yang sudah terbina lewat 5 musim kita bersama-sama".... Dan airmataku gugur lagi.....
* http://www.youtube.com/watch?v=9aDlEMU_ek8
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama
Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu
AGGHHHH ..... BAGAIMANA BISA KU KHABARKAN PEMERGIAN INI????